Pertubuhan kemanusiaan Mercy Malaysia telah menyalurkan bantuan yang banyak susulan atur gerak pantas mereka ke lokasi tragedi gempa bumi yang dahsyat di Turkiye dan Syria.
Dalam kenyataan, pertubuhan itu memaklumkan sebanyak 40 silinder oksigen, 10 ventilator mudah alih, 500 air, sanitari dan kebersihan (WASH), dan 1,800 barangan bukan makanan yang terdiri daripada selimut, unit pemanas, beg tidur dan stokin telah disalurkan setakat 24 Februari lalu.